Monday, January 14, 2013

Selamat Datang ke Sessi Persekolahan 2013

Tirai 2012 baru sahaja dilabuhkan. Kini kita telah berada di tahun 2013. Pihak Pengurusan PASTI Nurul Iman mengucapkan Selamat datang kepada pelajar-pelajar ke Sessi baru 2013.
Tahun baru imej pun baru.

Sunday, November 11, 2012

TAWARAN TERBARU PNI !!

ASSALAMUALAIKUM, Kepada ibubapa dan tuan puan yang sudi singgah di laman ini, kami dari pihak PNI (PASTI Nurul Iman), sekali lagi ingin menawarkan satu lagi produk yang baru dipromosikan tahun ini, dan kami mengambil cabaran ini bagi menjayakannya dengan penuh tanggungjawab. alhamdulillah dengan usaha ini dapat menaikkan lagi nama PASTI di seluruh negara disamping melahirkan tunas-tunas generasi Al-Quran. InsyaALLAH.... ALLAHUAKBAR !!!!
sebarang maklumat lanjut., boleh menghubungi Pn. Noreha Othman. T.Kasih.. :)

Saturday, November 10, 2012

Hari Konvokesyen PNI 2012

BISMILLAH.., ASSALAMUALAIKUM... :) Sedar tak sedar, jendela 2012 hampir melabuhkan tirainya,oleh hal yang demikian.. banyaklah institusi pendidikan sama ada dari peringkat pra-sekolah,sekolah rendah,sekolah menengah dan lain2 telah mengadakan hari graduasi atau hari konvokesyen yang mana kita sedia maklum bahawa acara ini merupakan sebagai acara kemuncak yang acap kali dilakukan bila tibanya bulan oktober,november dan disember. PNI (Pasti Nurul Iman) juga tidak terkecuali dari mengadakan program yang penuh bermakna bagi pelajar yang mempunyai graduasi dari pusat pendidikan awal Islam (PASTI)yang kian melakar nama di Malaysia. Sehingga kini, ibubapa yang telah menghantar anak-anaknya ke PASTI seluruh Malaysia dianggarkan melebihi 800 000 orang dan kadar ini didapati meningkat setiap tahun.Ini jelas menunjukkan PASTI mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institusi pendidikan swasta yang lain. 10 november 2012 Madrasah Nur Salbiah Cheras Perdana, (berhampiran dengan surau) Masa dan tempat (spt yang dinyatakan) telah merakam salah satu episod dari program PNI iaitu, Hari Konvokesyen PASTI NURUL IMAN kali ke-11. Pada awalnya, dijangkakan bahawa tetamu yang hadir kurang kerana bertembungnya dengan pelbagai program lain dan cuti sekolah pun baru bermula.., jangkaan itu jauh meleset apabila kehadiran tetamu melebihi 87% menunjukkan komitmen yang diberikan ibubapa sangat menggalakkan sehingga kerusi yang disediakan tidak mencukupi untuk para hadirin.
Namun begitu., ibubapa yang hadir tetap komited dan terhibur dengan persembahan anak-anak mereka yang cukup comel dan girang. Antara persembahan yang diadakan ialah nasyid,pintomin,multimedia, dan persembahan masak.
Gelagat tunas PASTI , sangat menghiburkan dan itu membuatkan ibubapa yang hadir berebut-rebut untuk mengambil gambar anak-anak mereka kerana setiap kepingan gambar akan menjadi kenangan buat mereka.
Tuan HJ Shahronizam yang merasmikan program kami juga tidak terlepas memberi penghargaan kepada anak-anak PNI.
PNI juga mengucapkan tahniah kepada Nur huda Zakirah bt Rozimi kerana mendapat tempat pertama dalam kelas dan sekaligus menjadii pelajar terbaik PNI untuk tahun 2012.
Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu berakhir pada jam 11.30 pagi. Pihak PNI juga merakam ribuan terima kasih kepada AJK: Ustaz Nasir sbgi (pengacara) En. Ahmad Nazri sbgi (tugas2 khas) En. Zulkarnain sbgi (tugas2 khas) Nurul Syifa Muhd. Hasnulhadi (PA sistem) Antara sedutan program:

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru PASTI Selangor

Tanggal 17 May 2011, PASTI Selangor telah mengadakan Majlis sambutan Hari Guru PASTI peringkat Negeri Selangor. Sebanyak 22 PASTI di Selangor telah hadir dan dirasmikan oleh YB Dr. Dzulkefli Ahmad, selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Di kemuncak program, diadakan penyampaian hadiah guru cemerlang PASTI bagi setiap kawasan-kawasan.

Perasmi bersama VIP sedang menjamu selera..

Guru Cemerlang PASTI Serdang kali ini dianugerahkan kepada Pn. Noreha Othman dari PASTI Nurul Iman, BTHO. Syabas diucapkan..


Pengerusi PASTI Serdang juga tidak ketinggalan, sama-sama meraikan Hari Guru PASTI Selangor, Syabas Pengerusi... datang dari jauh bersama keluarga..

Barisan guru-guru PASTI Serdang...

Sebahagian lagi..... SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA GURU-GURU PASTI..

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru PASTI Nurul Iman




JASAMU GURU, TIDAK KULUPAKAN.. Tanggal 16/5 setiap tahun tidak kulupakan. SELAMAT HARI GURU buat guru-guruku yang telah mendidikku menjadi insan yang berguna..

Pertandingan Bolasepak dan Bolajaring PASTI Serdang





PASTI Kawasan Serdang telah mengadakan Pertandingan Bolasepak dan Bolajaring pada 24/4/2011 yang lalu. Alhamdulillah, PASTI Nurul Iman BTHO telah berjaya mendapat tempat ke-2 bagi pertandingan bolajaring dan tempat ke-4 bagi pertandingan Bolasepak. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.