Thursday, December 30, 2010

Wajah baru PASTI Nurul Iman BTHO

ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻭ ﻪﻟﻟﺍ ﺔﻣﺣﺭﻮﻢﮑﻴﻟﻋ ﻢﻼﺴﻟﺍ

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya dan tahun 2011 pula menjelma. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi, kini PASTI Nurul Iman telah memasuki tahun ke-10 sejak penubuhannya pada tahu 2002.

Bersempena menyambut kehadiran anak-anak baru PASTI sessi 2011, PASTI Nurul Iman kini berwajah baru. Lebih mesra dan lebih ceria. Kerja-kerja mengecat dan mengemas telah dilakukan secara gotong royong.





























Antara barisan tenaga pengajar yang sentiasa mengharapkan kejayaan dari anak didik mereka.Amin.




















Thursday, December 23, 2010

Memoir suka duka Pasti Nurul Iman BTHO.

Pajam celik, masa yang berlalu terlalu pantas rasanya. Kini tahun 2010 semakin meninggalkan kita, meninggalkan memori yang cukup indah untuk dikenang oleh alumni PASTI. pelbagai ragam dan berbagai pelajar dan guru juga menjadi kenangan indah buat PASTI.

Sebagaimana kelazimannya, tahun 2010 telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kepada anak-anak PASTI. Bermula dari aktiviti sukan gabungan tahunan yang diadakan pada setiap tahun sememangnya tak lain tak bukan ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani dan intelek. 'Badan Cergas Otak Sihat', itulah yang kami pegang supaya proses pembelajaran di PASTI seimbang dari setiap sudut dan itulah pegangan kami sebagaimana yang dituntut oleh ISLAM.




PASTI Nurul Iman juga telah menghantar pasukan bola sepak ke pertandingan bola sepak antara PASTI-PASTI sekitar Serdang. PASTI Nurul Iman telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Tahniah buat para pemain.











Aktiviti lawatan juga merupakan agenda tahunan PASTI Nurul Iman kerana selain dapat merehatkan otak, ianya juga dapat membuka minda dan mata anak-anak pasti agar tidak ketinggalan.




Jasa guru jangan dilupakan... majlis ringkas sambutan hari guru diadakan sempena menghargai sumbangan mereka mendidik kami. SELAMAT HARI GURU.. untuk cikgu semua..



PASTI juga telah menghantar pasukan nasyid yang menampilkan persembahan yang unik dan mendapat tempat yang baik dalam pertandingan tersebut.











penonton yang hadir turut memberi sokongan.










Sebagai penutup tirai 2010, Program Hari Kecemerlangan Pelajar telah di adakan pada 14 November 2010 di Dewan Sekolah Agama Rakyat Nur-Salbiah, Cheras Perdana yang dirasmikan oleh Ketua Unit Latihan dan Kurikulum PASTI Serdang, YBhg. Ust. Mohd Nasir.









Terdahulu, Pengurus PASTI Nurul Iman, Tuan Hj. Zakaria Ahmad juga memberi ucapannya.
Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya.

Tuesday, December 21, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru PASTI 2011

Salam Tahun Baru

Assalaamualaikum wbkt.

Bagi pihak PASTI Nurul Iman, kami mengucapkan salam Tahun Baru Hijrah 1432H. Semuga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya. In Sya Allah.

Wednesday, February 3, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Pendaftaran PASTI 2010

Sessi Persekolahan 2010 PASTI Nurul Iman telah bermula pada 04 Januari 2010 yang lalu, setelah melalui waktu cuti yang panjang hampir 2 bulan. Alhamdulillah, pendaftaran Pelajar baru dan lama pada tahun ini amat memberangsangkan. Setakat hari ini, PASTI telah menerima seramai 83 orang pelajar bagi tahun 2010 ini.

Perkhidmatan day care juga mendapat sambutan yang sangat baik. Seramai 23 kanak-kanak telah mendaftar untuk daycare.

Pihak PASTI Nurul Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang terus memberikan kepercayaan kepada PASTI. Jazakallah khairan.

Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2009

Cuti persekolahan akhir tahun telah bermula. Sessi bagi tahun 2010 akan bermula pada 04 Januari 2010. Pihak pengurusan PASTI mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. Manfaatkanlah waktu cuti yang panjang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan jauhkanlah dari membuang masa dengan sia-sia. Semuga jumpa lagi di tahun 2010.