Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru PASTI Selangor

Tanggal 17 May 2011, PASTI Selangor telah mengadakan Majlis sambutan Hari Guru PASTI peringkat Negeri Selangor. Sebanyak 22 PASTI di Selangor telah hadir dan dirasmikan oleh YB Dr. Dzulkefli Ahmad, selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Di kemuncak program, diadakan penyampaian hadiah guru cemerlang PASTI bagi setiap kawasan-kawasan.

Perasmi bersama VIP sedang menjamu selera..

Guru Cemerlang PASTI Serdang kali ini dianugerahkan kepada Pn. Noreha Othman dari PASTI Nurul Iman, BTHO. Syabas diucapkan..


Pengerusi PASTI Serdang juga tidak ketinggalan, sama-sama meraikan Hari Guru PASTI Selangor, Syabas Pengerusi... datang dari jauh bersama keluarga..

Barisan guru-guru PASTI Serdang...

Sebahagian lagi..... SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA GURU-GURU PASTI..

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru PASTI Nurul Iman




JASAMU GURU, TIDAK KULUPAKAN.. Tanggal 16/5 setiap tahun tidak kulupakan. SELAMAT HARI GURU buat guru-guruku yang telah mendidikku menjadi insan yang berguna..

Pertandingan Bolasepak dan Bolajaring PASTI Serdang





PASTI Kawasan Serdang telah mengadakan Pertandingan Bolasepak dan Bolajaring pada 24/4/2011 yang lalu. Alhamdulillah, PASTI Nurul Iman BTHO telah berjaya mendapat tempat ke-2 bagi pertandingan bolajaring dan tempat ke-4 bagi pertandingan Bolasepak. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Monday, April 18, 2011

Pertandingan Nasyid Anjuran Bank Muamalat


Sabtu, 16 April 2011 : Bank Muamalat dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP BTHO) dan Surau As-Siddiq telah mengadakan Hari Komuniti Bank Muamalat. Banyak Aktiviti telah diadakan dan salah satunya adalah pertandingan Nasyid antara tadika di BTHO. Sebanyak 8 tadika telah mengambil bahagian. ALHAMDULILLAH. TAHNIAH dan Syabas kepada tenaga pengajar dan peserta yang mengambil bahagian. PASTI Nurul Iman telah muncul sebagai Naib Johan, Tempat pertama dimenangi oleh Tadika Excel, manakala tempat ketiga oleh Tadika Halaman Ilmu.Syabas dan tahniah.....


Persiapan Akhir Sebelum Pertandingan....



Para Guru dan Peserta yang terlibat....

Wednesday, January 19, 2011

Hari Suaikenal PASTI BTHO 2011


Ahlan Wasahlan... Selamat datang kepada anak-anak PASTI Nurul Iman, BTHO sessi 2011. Hari pendaftaran baru saya berlalu. Kini hari suaikenal pula bermula...
Assalaamualaikum kawan-kawan ....