Tuesday, January 19, 2010

Pendaftaran PASTI 2010

Sessi Persekolahan 2010 PASTI Nurul Iman telah bermula pada 04 Januari 2010 yang lalu, setelah melalui waktu cuti yang panjang hampir 2 bulan. Alhamdulillah, pendaftaran Pelajar baru dan lama pada tahun ini amat memberangsangkan. Setakat hari ini, PASTI telah menerima seramai 83 orang pelajar bagi tahun 2010 ini.

Perkhidmatan day care juga mendapat sambutan yang sangat baik. Seramai 23 kanak-kanak telah mendaftar untuk daycare.

Pihak PASTI Nurul Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang terus memberikan kepercayaan kepada PASTI. Jazakallah khairan.