Thursday, December 23, 2010

Memoir suka duka Pasti Nurul Iman BTHO.

Pajam celik, masa yang berlalu terlalu pantas rasanya. Kini tahun 2010 semakin meninggalkan kita, meninggalkan memori yang cukup indah untuk dikenang oleh alumni PASTI. pelbagai ragam dan berbagai pelajar dan guru juga menjadi kenangan indah buat PASTI.

Sebagaimana kelazimannya, tahun 2010 telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kepada anak-anak PASTI. Bermula dari aktiviti sukan gabungan tahunan yang diadakan pada setiap tahun sememangnya tak lain tak bukan ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani dan intelek. 'Badan Cergas Otak Sihat', itulah yang kami pegang supaya proses pembelajaran di PASTI seimbang dari setiap sudut dan itulah pegangan kami sebagaimana yang dituntut oleh ISLAM.




PASTI Nurul Iman juga telah menghantar pasukan bola sepak ke pertandingan bola sepak antara PASTI-PASTI sekitar Serdang. PASTI Nurul Iman telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Tahniah buat para pemain.











Aktiviti lawatan juga merupakan agenda tahunan PASTI Nurul Iman kerana selain dapat merehatkan otak, ianya juga dapat membuka minda dan mata anak-anak pasti agar tidak ketinggalan.




Jasa guru jangan dilupakan... majlis ringkas sambutan hari guru diadakan sempena menghargai sumbangan mereka mendidik kami. SELAMAT HARI GURU.. untuk cikgu semua..



PASTI juga telah menghantar pasukan nasyid yang menampilkan persembahan yang unik dan mendapat tempat yang baik dalam pertandingan tersebut.











penonton yang hadir turut memberi sokongan.










Sebagai penutup tirai 2010, Program Hari Kecemerlangan Pelajar telah di adakan pada 14 November 2010 di Dewan Sekolah Agama Rakyat Nur-Salbiah, Cheras Perdana yang dirasmikan oleh Ketua Unit Latihan dan Kurikulum PASTI Serdang, YBhg. Ust. Mohd Nasir.









Terdahulu, Pengurus PASTI Nurul Iman, Tuan Hj. Zakaria Ahmad juga memberi ucapannya.
Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya.